APA ITU LAPORAN CCRIS?


Di dalam perniagaan, sering perkataan CCRIS & CTOS diguna pakai dan ada juga antara mereka yang tidak tahu apakah itu CCRIS & CTOS. Tapi pada hari ini saya ingin menceritakan tentang CCRIS terlebih dahulu.

CCRIS

Laporan CCRIS atau nama penuhnya Central Credit Referrence Information System adalah satu sistem laporan kewangan individu untuk 12 bulan yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia. Ianya bertujuan untuk memberi laporan terperinci tentang kemudahan kewangan yang ada pada setiap individu. Contoh laporan CCRIS adalah seperti diatas :-

Laporan CCRIS boleh anda dapati di Bank Negara Malaysia dengan memberikan Mykad anda. Laporan ini diberikan secara percuma dan setiap individu hanya boleh mendapat laporan ini setahun sekali sahaja. Laporan CCRIS ini juga dikongsi bersama institusi kewangan lain seperi bank-bank. Walau bagaimana pun, mereka hanya boleh mendapatkan laporan ini sekiranya mendapat kebenaran pihak anda. Contohnya, jika anda ingin memohon kad kredit, ada satu bahagian di dalam terma & syarat dimana pihak anda bersetuju memberikan kebenaran kepada institusi kewangan tersebut untuk mendapatkan laporan CCRIS ini. Dalam pada masa yang sama juga, setiap institusi kewangan juga wajib melaporkan kepada bank negara tentang kemudahan kewangan/pinjaman yang diberikan kepada pelanggan mereka. Sebab itu, melalui laporan ini, pihak yang ingin memberi anda kemudahan kredit dapat mengkaji keupayaan kewangan anda berdasarkan laporan ini.

Ok, sekarang cuba kita lihat contoh laporan CCRIS di atas dan apa yang kita ketahui melalui laporan ini. Disini kita boleh lihat yang individu ini sekarang mempunyai 3 kemudahan kredit di atas nama beliau contohnya perkara no 1

  1. Pinjaman kereta yang diluluskan pada 05/12/2003 yang berjumlah RM 86,000. Jumlah baki hutang yang tinggal bagi pinjaman tersebut ialah 75,663 pada 30/09/2005. Di bahagaian conduct of amount kita dapat lihat sama ada individu ini mempunyai rekod bayaran yang cantik atau tidak. Huruf O S A J J M A M F J D N melambangkan bulan contohny J untuk Januari. Nombor dibawah huruf tersebut bermaksud bayaran bulanan yang individu ini tidak lakukan Contohnya bulan N ( Novermber). Individu ini mempunyai rekod tunggakan 2 bulan.

Jadi apa yang boleh kita simpulkan di sini adalah mereka yang ingin memberi kemudahan kredit dapat menilai sejauh mana disiplin dan keupayaan anda untuk membayar balik pinjaman mereka. Ini berguna kepada syarikat pemberi pinjaman kerana mereka dapat mengurangkan risiko NPL ( Non Perfoming Loan ) dalam organisasi mereka.

Kalau kita lihat di bahagian A pula, kita boleh lihat sama ada individu ini pernah memohon untuk mendapatkan pinjaman atau tidak? Contohnya di sini kita dapat lihat yang individu ini pernah memohon untuk mendapatkan pinjaman berjumlah RM 560,000 pada 19/10/2005.

Kepada anda semua, inilah sebab kita perlu menjaga kewangan kita supaya tidak menunjukkan sesuatu yang negatif di dalam laporan CCRIS kita. Banyak di antara pemohon pinjaman gagal mendapatkan pinjaman mereka kerana mempunyai rekod pembayaran hutang yang tidak cantik atau konsisten. Ini memberikan gambaran kepada syarikat yang ingin memberikan pinjaman yang anda seorang yang berisiko tinggi.

Bagaimanakah laporan CCRIS yang cantik ?

Laporan CCRIS yang cantik ialah mereka yang mempunyai rekod pembayaran balik hutang yang cantik dan tiada tunggakkan. Jika tiada tunggakan, nombor di bawah huruf O S A J J M A M F J D N tadi akan menunjukkan angka kosong?

Jika laporan saya cantik, adakah bermakna pemohonan pinjaman saya senang lulus?

Tidak juga. Ianya bergantung kepada komitmen anda. Jika komitmen anda tinggi, contohnya banyak pinjaman tetapi pendapatan yang rendah, kemungkinan pemohonan pinjaman anda juga tipis.

Saya berumur 3o tahun dan tiada rekod pinjaman sebelum ini, tetapi kenapa masih gagal mendapatkan kemudahan credit daripada bank?

Faktor yang boleh saya fikirkan disini ialah, pihak bank mungkin agak takut untuk memberikan pinjaman yang besar seperti rumah atau kereta kerana mereka tidak boleh mengkaji risiko mereka disebabkan mereka tidak tahu sama ada anda seorang yang berdisiplin atau tidak. Saya syorkan anda memohon kad kredit dan buktikan kepada pihak bank bahawa anda seorang peminjam yang bertanggungjawab dalam membayar balik hutang.

Saya sudah membuat bayaran penuh tunggakan pinjaman saya sebelum ini, tetapi kenapa masih gagal mendapatkan pinjaman?

Ini kerana ada sesetengah bank meneliti dan mengunakan laporan CCRIS ini sebagai bantuan penilaian mereka. Bank selalunya mempunyai laporan CCRIS untuk 6 bulan yang lepas sahaja. Jadi mungkin rekod pembayaran yang kurang cantik masih boleh dilihat oleh bank. Cuba pohon semula selepas 6 bulan, di mana rekod tersebut mungkin tidak ada lagi di dalam laporan CCRIS anda. Walaubagaimanapun, saya cadangkan anda semak juga laporan CTOS anda kerana mungkin mempunyai saman?

*Source BNM*


0 Responses